Rumah #05
Penghuni: En Zul, isteri & 6 orang anak
[Anak-anak: 10 (P), 9 (L), 8 (P), 5 (L) 1½ (L), baby berusia 3 minggu]
Lokasi: Bakai
Rumah keluarga ini terletak di atas tanah pusaka keluarga. Dari segi binaan, sememangnya rumah ini cukup indah dahulunya dengan rekabentuk dan ukiran kayu pertukangan Melayu.
Tetapi, binaan luaran dan dalaman rumah ini semakin dimamah usia. Apakah daya keluarga ini, tiada kemampuan untuk membaikinya kerana pendapatan yang ada sekadar mencukupi untuk makan minum sekeluarga.
En Zul mempunyai masalah pada matanya di mana semakin hari penglihatannya semakin kabur. Kerjanya sebagai tukang rumah pastinya tidak mampu untuk menanggung kos rawatan perubatan matanya. Entah apa yang akan terjadi kepada keluarga ini andainya si ayah yang tiap hari bekerja mencari sesuap nasi sudah tidak mampu melihat lagi nanti.