Rumah #08
Penghuni: Pak Mat
Lokasi: Bukit Pak Kunin, Kuala Ketil
Rumah ni terletak agak jauh sedikit, iaitu nun di kaki bukit, dan perlu berjalan kaki melintasi titi-titi kayu dan beberapa parit kecil serta berjalan melintasi batas sawah padi.
Laluan yang kami gunakan ini juga merupakan laluan sama digunakan Pak Mat tiap hari untuk ke kedai membeli ikan dan barang keperluannya.
Tinggal seorang di rumah lama... bumbung yang bocor, dinding yang dah lama reput dan terkopak, lantai yang sudah berlubang-lubang, tiang rumah yang menanti masa rebah ke bumi.
Tanpa bekalan air paip ataupun elektrik. Dibasahi hujan. Dilawati oleh anjing-anjing liar dan babi hutan tiap malam. Apa yang mampu dilakukan pada kudrat seorang tua ini hanyalah dengan membaling ketulan batu kecil dan mengetuk tin kosong bagi menghalau haiwan tersebut.
:hopeless: Di kala kita terasa hidup kita teramat perit dan susah, rupa-rupanya kesusahan yg kita alami tidaklah sehebat mana berbanding mereka yg meneruskan hidup dgn hanya sesuap nasi sehari.